Heh! tiba-tiba saja keluar topik Cinta Si Plastik kenapa? sebab virus ni dah semakin menular dalam kalangan manusia-manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.
Kenapa mesti nak 'plastik' kan cinta? bukankah perasaan cinta itu suci lagi murni ? kalau setakat nak mempermainkan cinta, tolong jangan memberi harapan yang tinggi pada insan-insan yang mengharapkan cinta sejati anda.
Kita sebagai manusia yang dikurniakan 'Akal', gunalah dengan sebaik-baiknya BUKAN guna untuk memperbodohkan insan-insan yang tergila-gilakan cinta dari anda.
INGAT..... hari ni kita boleh menipu orang dengan kisah sedih ciptaan kita untuk meraih simpati si lelaki-lelaki yang cair dengan kecantikan wanita, esok...lusa dan seterusnya belum tentu kita akan terlepas dari kitaran hidup sebagai hamba Allah swt.
Cinta Si Plastik ?
1- Bangga dengan kecantikan yang dimiliki.
2-Sentiasa menyatakan yang dia baru putus cinta dengan setiap lelaki yang baru dikenali ( adakah anda percaya bahawa wanita yang cantik2 masih solo?jika saya, TIDAK percaya)
3-Materialistik.
4-Gedikss.
6-Kuat berlakon a.k.a PLASTIK
7-Hipokrit adalah gaya hidupnya.
8-Godaan adalah sajian harian
9-Selfish adalah teman hidupnya.
10- ect
Jika kita sebagai wanita, perempuan, gadis yang inginkan 'cinta sejati'...mestilah ianya datang dari hati kita terlebih dahulu. Jangan mengharapkan keSetiaan si lelaki jika kita sendiri tidak mula untuk Setia. Jangan menganggap diri kita macam 'angel' dan lelaki macam 'devil' kalau diri sendiri tidak sedar akan kesalahan melampau yang sentiasa di lakukan.
Ye! mesti orang nak cakap " aku dah setia nak mampus tapi senang-senang je dia curang dengan aku ! ".....Sehebat-hebat manusia adalah manusia yang mampu bersabar dengan setiap dugaan dari Allah swt. Dugaan ! mampu? kalau tidak mampu jangan cuba untuk bercinta.
Bukan senang untuk meraih cinta yang hingga je jinjang pelamin dan selama-lamanya hidup bersama, bukan senang. Setiap detik dugaan pasti datang mencelah, tidak kiralah kita bersedia atau tidak.
Jangan juga kita melafazkan kata-kata insaf andai dalam hati masih ada hipokrit, jangan bermain dengan kata-kata... kelak terbias pada diri sendiri.jangan cuba bermain dengan api andai tidak tahu memadamkan dengan sempurna.
Renung dan fikirkan betul-betul, apa perasaan kita jika, JIKA kita diperbodohkan sebegini ?
Situasi A
si gadis berkenalan dengan si jejaka di ruangan laman web sosial, tidak lama cukup dalam dua tiga minggu terus menjalinkan hubungan cinta.Si jejaka 100% percayakan si gadis dan sanggup melabur beratus-ratus ringgit malaysia untuk si gadis dan dalam masa yang sama...
Situasi B
si gadis berkenalan dengan jejaka lain yang lagi tebal poketnya, dan perkara yang sama juga terjadi.Jejaka ke-2 agak beruntung oleh kerana tinggal berhampiran dengan si gadis Tapi.....
Situasi C
si gadis minta putus dengan jejak 1 atas alasan family tidak merestui.OMG! punah harapan si jejaka tadi. Impian dilakar setinggi awan bersama si gadis rupanya sang angin berjaya membawa pergi...
Situasi D
si gadis terus dan terus lagi dengan gaya hidupnya...pengakhiran cerita hidupnya hanya Allah swt saja yang tahu.
Pesanan saya
Hari ni kita buat dekat orang, esok lusa orang buat dekat kita balik. Masa tu kalau kita nak menangis menyesal pun dah tak ada guna lagi dah, dan yang lagi saya takut if pembalasan yang kita dapat tu lagi teruk dari apa yang kita buat. ' Menyesal Dulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Guna'....
P/s: dah macam buat karangan Spm pulak :)


0 700 Bakal Jadi Pilot:
Catat Ulasan